fbpx

Barcelona rancang bawa balik Lionel Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI masih berada dalam perancangan Barcelona untuk dibawa pulang ke Camp Nou selepas kewangan kelab itu semakin kukuh. – AFP

BARCELONA – Barcelona dilaporkan bersedia untuk membuka pintu bagi mendapatkan semula khidmat bekas pemain, Lionel Messi selepas kedudukan kewangan kelab berkenaan menunjukkan pemulihan positif menjelang musim depan.

Sebagai rekod, Messi telah berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) tahun lalu selepas kontraknya berakhir apabila pengurusan The Catalans tidak mampu menawarkan kontrak baharu susulan kemelut kewangan.

Timbalan Presiden Barcelona, Eduard Romeu mengakui pe­luang untuk Messi kembali ber­aksi di Camp Nou kembali cerah apabila ekonomi kelab semakin pulih sekali gus mampu menawarkan gaji yang dimahukannya.

“Saya lihat kedudukan kewa­ngan kami akan pulih tahun depan dan tidak mempunyai masalah buat pasukan menawarkan kontrak baharu buatnya memandangkan kontraknya bersama PSG juga akan berakhir musim ini.

“Kini, segala-galanya terpulang kepada Messi dan sudah pasti barisan kejurulatihan juga perlu meneliti sama ada dia masih sesuai untuk mewakili pasukan atau sebaliknya.

“Cuma, tiada siapa boleh menafikan dia adalah ikon pasukan kami selepas bersama hampir 20 tahun. Ini adalah ‘rumahnya’ dan peluang sentiasa terbuka untuk dia kembali,” kata Romeu.

Barcelona berjaya mendapatkan beberapa tajaan mewah daripada syarikat antarabangsa tahun ini sekali gus memboleh­kan mereka menandatangani beberapa pemain Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde pada jendela perpindahan lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI