fbpx

Shahrel Fikri sedia pikat pengendali baharu Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHREL menyambut baik kehadiran Cheng Hoe bersama pasukan dan sedia memberikan 100 peratus untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Selangor FC.

PENYERANG skuad Selangor FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi bersedia mencurahkan sepenuh jiwa dan raga di atas padang bagi ‘memikat’ pengendali baharu, Tan Cheng Hoe untuk diserapkan semula dalam kesebelasan utama.

Shahrel yang lebih mesra dengan nama Eky sebelum ini dilihat gagal memberi impak diharapkan bersama skuad Gergasi Merah sejak berhijrah dari Perak FC pada 2020 ekoran sering dilanda masalah kecederaan.

Kini, Eky beranggapan sekarang adalah masa terbaik untuk kembali menemui sentuhan penyudah memandangkan dia sebelum ini pernah bekerjasama rapat dengan Cheng Hoe dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Kata Eky, barisan pemain menyambut baik kehadiran Cheng Hoe bersama pasukan dengan aura ketika ini cukup positif dalam usaha menamatkan kempen Liga Super dalam kedudukan terbaik.

“Saya percaya apabila keha­diran jurulatih baharu, peluang untuk semua pemain merebut kesebelasan utama agak terbuka dan pastinya semua mahu memberikan 100 peratus di atas padang.

“Secara jujur, saya pernah berada di bawah bimbingannya dalam skuad kebangsaan sebelum ini dan dia seorang jurulatih yang fokuskan aspek taktikal khususnya penguasaan bola.

“Justeru, saya percaya pasukan tidak akan menunggu lama untuk menyesuaikan diri dan kembali mendapatkan keputusan positif,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Mengulas lanjut, Eky mengakui masih men­yimpan hasrat untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada masa akan datang, tetapi perlu membuktikan semula keupayaannya bersama Se­langor.

“Jika saya mendapat minit permainan yang cukup pada baki saingan musim ini, perkara tersebut tidak mustahil dan sasaran saya ketika ini adalah untuk kekal konsisten,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI