fbpx
KUMPULAN Dolla ambil pendekatan selamat untuk tidak banyak memberi respons berhubung isu berpenampilan mencolok mata semasa menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini.

Seksi mengalahkan artis luar? Kami tak boleh komen – Dolla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Menjadi sasaran kecaman ramai, kumpulan Dolla hanya mengambi pendekatan selamat, mengunci mulut berhubung penampilan seksi ketika membuat persembahan dalam acara Good Vibes Weekender baru-baru ini.

Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, setakat ini mereka tidak akan memberi sebarang komen menjawab kritikan netizen.

Kata Sabronzo juga, syarikat pengurusan mereka, Universal Music sendiri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu sensitif tersebut dalam masa terdekat.

“Saya tidak boleh berikan sebarang respons setakat ini. Pihak pengurusan tidak akan membenarkan kami memberi komen tentang isu tersebut sebab mereka yang akan beri kenyataan.

“Saya perlu hormat keputusan pihak pengurusan. Kami hanya artis dan pihak pengurusan yang membuat semua keputusan.

“Jadi, tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi itu saja,” katanya kepada Kosmo! Online yang ditemui ketika pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di ShangriLa Hotel Boutique, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, nama Dolla termasuk Sabronzo dikecam ramai susulan tampil dengan imej dan busana mencolok mata pada festival muzik yang berlangsung di sebuah taman tema air popular pada minggu lalu.

Rata-rata netizen berpendapat Dolla tidak mencerminkan identiti Malaysia yang sangat menekankan aspek penampilan dalam setiap persembahan pentas.

Malah, Dolla juga dikatakan lebih seksi berbanding penyanyi luar yang turut sama lakukan persembahan pada acara sama.

Selain Sabronzo, Dolla yang terkenal menerusi lagu Dolla Make You Wanna turut dianggotai Angel, Tabby dan Syasya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR