fbpx

Ribut petir di enam negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di enam negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca pada laman YouTube memaklumkan, hujan dan ribut petir di Semenanjung melibatkan kawasan pedalaman Perak, Selangor, Pahang, Johor serta kebanyakan daerah di Kelantan dan Terengganu.

“Keadaan dijangka reda menjelang malam, namun ribut petir di Kelantan dan Terengganu diramalkan mampu untuk berterusan sehingga lewat malam,” katanya hari ini.

Bagi Sabah juga memperlihatkan ribut petir di kebanyakan bahagian negeri itu iaitu utara, manakala Sarawak di bahagian tengah pada petang ini.

“Ribut petir terutama di kawasan pedalaman kedua-dua negeri tersebut pula dijangka berterusan hingga malam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI