fbpx
DERETAN aktor dan juga aktres yang menghiasi tujuh filem hebat yang disiarkan dalam Waktu Netflix Indonesia.

Paparan tujuh karya hebat Waktu Netflix Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK bertapak di negara seberang Indonesia pada tahun 2016, platform penstriman digital Netflix telah berjaya memikat hati penonton menerusi deretan naskah hebat seperti Ali & Ratu Ratu Queens dan Penyalin Cahaya.

Bagi menunjukkan komitmen Netflix dalam mendorong industri kreatif Indonesia mengembangkan karya seterusnya diangkat ke seluruh dunia, platform penstriman digital telah mengumumkan deretan filem dan serial terbaharu yang pastinya dapat memikat selera penonton.

Merangkumi pelbagai genre seperti aksi, komedi sehingga karya berbentuk drama dengan latar masa lampau, sebanyak tujuh tayangan karya Indonesia bakal dipertontonkan kepada pelanggan Netflix menerusi pengumuman yang dibuat dalam majlis Waktu Netflix Indonesia (WNI) di Jakarta, baru-baru.

Antara karya hebat yang bakal menemui penonton ialah The Big 4, Dear David, Hari Ini Akan Kita Ceritakan Nanti, Klub Kecanduan Mantan, Komedia Kacau, Gadis Kretek dan Nightmares and Daydreams.
Ketua Kandungan Netflix Indonesia, Rusli Eddy berkata, WNI adalah ruang buat pengkarya Indonesia menyajikan karya autentik yang memaparkan keunikan Indonesia.

“Industri filem Indonesia berkembang sangat pesat dalam beberapa tahun terakhir. Semakin ramai pengkarya dan cerita dari Indonesia yang menayangkan serta mencuri perhatian penonton dan pengkritik dunia.

“WNI juga memaparkan pelbagai kisah menarik dan unik di mana menjadi simbol dari negeri yang kaya dengan cerita serta budaya,” kata Rusli.

Selain Rusli, turut tampil ketika sesi webinar WNI adalah tujuh pengarah tersohor Indonesia iaitu Timo Tjahjanto yang mempertaruhkan filem komedi berjudul The Big 4, Shanty Harmayn (Gadis Kretek), Joko Anwar (Nightmares and Daydreams), Muhammad Zaidy (Dear David), Salman Aristo (Klub Kecanduan Mantan), Angga Dwimas Sasongko (Nanti Kita Akan Cerita Tentang Hari Ini) dan Raditya Dika (Komedi Kacau).

PENGARAH Angga Dwimas Sasongko bersama pelakon Hari Ini Akan Kita Ceritakan Nanti iaitu Jourdy Pranata, Yunita Siregar.

Naskhah terbaik

Pengarah Angga Dwimas Sasongko diajukan tentang karya yang dilihat relevan untuk diketengahkan pada waktu ini mengakui tidak boleh memberikan pandangan secara peribadi kerana yakin setiap karya yang dipersembahkan pengarah adalah yang terbaik.

“Setiap cerita mempunyai kejujuran sendiri. Apa yang menarik tentang kami (pengarah) ialah untuk menghasilkan karya menarik untuk disajikan kepada penonton.

“Bagaimanapun, hadirnya Netflix memberi lebih banyak ruang kepada pengarah untuk mempersembahkan karya hebat kepada masyarakat. Saya yakin setiap daripada pengarah sendiri mempunyai buah tangan atau idea menarik masing-masing,” katanya.

Malah, Angga turut berpendapat kehadiran Netflix umpama membuka ruang buat pembikin filem untuk melangkaui batasan negara dan menyentuh hati penonton dari seluruh dunia.

Joko yang cukup popular dengan karya seramnya Pengabdi Setan pula menganggap, cerita dengan sudut pandang tempatan mampu memberi kesan kepada penonton.

ANTARA barisan pengarah yang terbabit dalam Waktu Netflix Indonesia (WNI).

“Kalau kita hasilkan satu cerita yang bersifat universal, semua orang boleh kaitkan dengan diri dan kehidupan mereka. Tapi, kalau pada masa sama, kita hasilkan cerita mengikut sudut pandang kita, kita boleh sampaikannya dari sudut pandang negara kita.

“Bagi penonton luar, mereka boleh gunakan isu yang ada di luar negara sebagai material yang menjadi cerminan kepada mereka.

“Contohnya, tema perceraian, kalau di negara lain, mungkin norma perceraian itu berbeza. Jadi, mereka boleh jadikannya sebagai refleksi dan melihat dari sudut pandang mereka pula,” katanya.

Tidak hanya membariskan pengarah serta jalan cerita hebat, WNI turut membariskan barisan pelakon hebat dalam industri perfileman Indonesia antaranya, Abimana Aryasatya, Putri Marino, Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu dan ramai lagi.

POPULAR