fbpx

Geng Ameer aktif curi motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai (kanan) menunjukkan motosikal curi yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Sentul di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket curi motosikal, Geng Ameer selepas menahan enam lelaki pada 20 dan 21 September lalu di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 26 hingga 35 tahun.

Jelas beliau, siasatan mendapati modus operandi sindiket ini didalangi empat lelaki tempatan dan diketuai suspek dikenali Ameer berusia 26 tahun yang menyasarkan motosikal jenis Yamaha dan Honda.

“Polis berjaya merampas enam motosikal dan empat rangka motosikal pelbagai jenis, jenama Yamaha, Honda serta Suzuki yang dilaporkan hilang di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kesemua rampasan motosikal itu diangarkan bernilai RM 60,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sentul di sini, hari ini.

Eng Lai berkata, beberapa komponen motosikal, sebuah mesin pemotong besi dan berapa peralatan yang disyaki untuk mencuri motosikal turut dirampas.

Katanya, kesemua motosikal yang telah dicuri itu akan dijual dengan anggaran harga RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada model motosikal tersebut.

“Kesemua suspek termasuk dua individu disyaki membeli motosikal curi itu mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau dan telah direman sejak 21 September lalu hingga hari ini,” ujarnya.

Tambah Eng Lai, susulan tangkapan itu, polis telah berjaya menyelesaikan 10 kes kecurian yang dilaporkan iaitu enam kes di kawasan Sentul dan empat kes di kawasan Gombak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI