fbpx
PETRUCCI kembali ke saingan MotoGP dengan mewakili Suzuki bagi menggantikan Mir yang mengalami kecederaan. – AFP

Danilo Petrucci bakal ganti Mir di Buriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Pelumba kelahiran Itali, Danilo Petrucci bakal membuat kemunculan semula pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) buat kali pertama musim ini dengan mewakili pasukan Suzuki pada Grand Prix (GP) Thailand di Buriram minggu ini.

Petrucci yang telah menjua­rai dua perlumbaan GP dalam karier­nya akan menggantikan bekas juara dunia dan pelumba utama Suzuki, Joan Mir yang masih belum pulih daripada kecede­raan dialami selepas terlibat dalam insiden kemalangan pada GP Austria lepas.

Pelumba berusia 31 tahun itu mengakui sangat gembira de­ngan peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan Suzuki dengan memberikan kepercayaan kepadanya menunggang jentera pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Buriram nanti.

“Saya sangat berbangga de­ngan peluang keemasan yang diberikan oleh Suzuki untuk menggantikan Mir pada GP Thailand minggu ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ducati kerana memberi ruang buat saya dipinjamkan ke Suzuki untuk tempoh singkat.

“Kita tahu jentera GSX-RR memiliki kualiti tersendiri dan saya tidak sabar untuk menunggang­nya pada perlumbaan kompetitif, selain kembali menjalinkan kerjasama dengan mekanik serta jurutera Suzuki yang sudah saya kenali sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus pa­sukan Suzuki, Livio Suppo mengesahkan Mir terpaksa berehat le­bih lama daripada jangkaan dan kemungkinan besar hanya akan kembali pada GP Australia bulan depan.

“Selepas melakukan ujian imbasan MRI, Mir masih lagi belum cergas dan tempatnya akan digantikan dengan Petrucci. Kami mengucapkan terima kasih kepada Ducati kerana pinjamkan khidmatnya seketika dan kesempatan ini akan kami guna sebaik­nya,” katanya. – Agensi

POPULAR