fbpx
Kelihatan deretan gerai makan tetap beroperasi sewaktu tinjauan Fenomena Air Pasang Besar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, Selangor pada hari ini.-FOTO ZULFADHLI ZAKI

Air pasang besar : Dua kampung di Klang dinaiki air setinggi 0.6 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kira-kira 20 buah rumah terjejas susulan fenomena air pasang yang melanda dua buah kampung di sini hari ini.

Ini melibatkan Kampung Delek Kiri dan Dalam yang dinaiki air setinggi 0.6 meter (m) susulan limpahan air pasang besar yang mencatatkan paras air laut tertinggi iaitu 5.4m.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, ini berdasarkan pemantauan dilakukan pihaknya kira-kira pukul 7 pagi menerusi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja.

Katanya, seramai enam anggota dengan sebuah jentera digerakkan bagi pemantauan itu dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek.

“Air mulai menaiki kedua-dua kampung itu kira-kira pukul 7.23 pagi dan mulai surut sejam kemudian.

“Tiada mangsa dipindahkan daripada kedua-dua kampung tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan foto Kosmo! Zulfafhli Zaki di sekitar Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang di sini mendapati air naik pada paras betis.

Situasi itu bagaimanapun tidak menganggu penduduk sekitar termasuk peniaga menjalankan urusan harian mereka. -KOSMO!ONLINE

POPULAR