fbpx

Bajet 2023: Melaka harap peruntukan besar untuk jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada wakil pempamer yang mengambil bahagian dalam Pesta Buku Melaka 2022.

MELAKA – Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan akan memberikan peruntukan yang lebih besar dalam Bajet 2023 untuk membina jajaran baharu serta menaik taraf jalan raya sedia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, Melaka seharusnya tidak ketinggalan dalam apa juga bajet yang melibatkan sistem pengangkutan awam dan jalan raya.

Jelas beliau, peruntukan itu kelak akan digunakan sebaik mungkin bagi mengatasi kesesakan trafik yang berlaku di kawasan bandar.

“Hari ini keadaan trafik di Melaka agak padat, jadi saya berharap peruntukan yang lebih untuk membina dan baik pulih jajaran sedia ada.

“Keutamaan akan diberikan di kawasan bandar Melaka dalam Melaka Tengah yang mana lokasi ini akan diberi peruntukan sebaik mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Pesta Buku Melaka 2022 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, kerajaan negeri turut berharap peruntukan dalam sektor pelancongan diberi perhatian sewajarnya.

Katanya, hal ini kerana beberapa produk pelancongan telah berada dalam perancangan untuk dibangunkan.

“Semua sedia maklum Melaka adalah bandar warisan, jadi banyak kawasan yang perlu kita baiki untuk hidupkan semula lokasi tersebut.

“Fasa endemik telah menarik ramai kehadiran pelancong dan sudah pasti banyak bangunan atau kawasan-kawasan warisan yang ingin kita pulihara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI