fbpx
PERUT buncit membuatkan otot belakang badan bekerja lebih keras dan memudahkan ia menjadi kejang. – GAMBAR HIASAN

Perut buncit boleh sebabkan sakit belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Mungkin ramai individu yang mengalami sakit belakang tidak mengambil peduli masalah perut buncit.

Namun, perut buncit dikenal pasti menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang individu menderita sakit belakang.

Pakar Ortopedik Dr. Mahyuddin Mohamed berkata, antara cara untuk mengurangkan sakit belakang adalah dengan mengurangkan kebuncitan perut kerana ia menjadi punca sakit belakang.

“Punyalah cari punca lain, tapi lupa perut yang menonjol ke depan, bukan menghina tetapi itulah hakikatnya.

“Perut buncit membuatkan otot belakang anda bekerja lebih keras dan memudahkan ia menjadi kejang,” katanya di sini semalam.

DR. MAHYUDDIN

Menurut Dr. Mahyuddin, sememangnya tidak mudah untuk mengurangkan kebuncitan perut, namun ia adalah tidak mustahil dan amat wajar demi kesihatan.

Katanya, jika dibiarkan berte­rusan ia akan menyebabkan individu tersebut akan mengalami sakit berpanjangan, malah dikhuatiri bertambah teruk lagi.

Tambah beliau, perut yang buncit juga boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

“Mari kita sama-sama berusaha hilangkan kebuncitan perut, buat para isteri, perut suami anda yang buncit bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 sebanyak 50.1 peratus rakyat Malaysia mempunyai berat berlebihan, manakala 19.7 peratus mengalami obesiti.

Katanya, kebanyakan individu yang mengalami obesiti adalah buncit tetapi yang me­ngalami berat berlebihan ada yang belum buncit.

Ujarnya, risiko mengalami pe­rut buncit meningkat apabila ukuran lilit pinggang lelaki me­lebihi 94 sentimeter (37 inci) dan wanita 80 sentimeter (32 inci).

“Semakin meningkat ukuran ukur lilit, semakin tinggi risiko mengalami buncit,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN