fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri yang diramalkan bermula 28 September sehingga 1 Oktober ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, angin kencang barat daya berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula 28 September hingga 1 Oktober ini.

Manakala, angin kencang barat daya berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter pula dijangka di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan • Sabah Timur sehingga 30 September 2022.

Infografik oleh MetMalaysia berkaitan amaran angin kencang dan laut bergelora.

“Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket • Selat Melaka Utara dari 28 September sehingga 1 Oktober 2022.

“Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan selatan Condore • selatan Reef North • Labuan • Sulu sehingga 30 September 2022.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata kenyataan itu hari ini.

MetMalaysia seterusnya mengeluarkan amaran angin kencang barat daya berkelajuan 50 sehingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore • utara Reef North • Layang-Layang • Palawan sehingga 30 September 2022.

Kata MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI