fbpx

194 mangsa banjir ditempatkan di 4 PPS di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SA Kayu Ara Pasong.

JOHOR BAHRU – Seramai 194 mangsa daripada 59 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian dan Batu Pahat selepas banjir kilat melanda daerah itu semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata, seramai 84 mangsa daripada 25 keluarga dari Kampung Seri Bengkal dipindahkan ke Sekolah Agama (SA) Seri Bengkal, Batu Pahat, sehingga pagi ini.

“Sebuah lagi PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Bintang Peserai menempatkan 31 mangsa daripada sembilan dari Kampung Bintang Peserai.

“Sementara itu, dua PPS pula dibuka di Pontian menempatkan 79 mangsa daripada 25 keluarga di SA Kayu Ara Pasong dan Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat hampir lima jam bermula kira-kira pukul 6 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI