fbpx

Pas Perak akan terus ajak UMNO Perak kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman berucap pada Pelancaran Kempen Pas Pilihanku 4.0 Peringkat Negeri Perak di Dewan Millenium Lubok Merbau, Padang Rengas semalam. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

PADANG RENGAS – Pas Perak masih berharap dan akan terus mengajak UMNO Perak untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Pas tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya UMNO masih mahu meneruskan kerjasama yang terjalin buat masa ini.

Menurut Razman, pihaknya menyahut seruan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang agar terus menyeru parti Melayu dan Islam agar duduk bersama dengan Pas.

“Pas bergerak atas dasar dan prinsip di mana prinsip kita ini mestilah penyatuan ummah sebab kita melihat kalau tidak bersatu, maka peluang berisiko untuk beri kepada Pakatan Harapan memerintah balik itu ada.

“Kita harap kalau dia (UMNO) mahu (kerjasama) baiklah kita boleh selamatkan itu (daripada PH memerintah),” katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Kempen Pas Pilihanku 4.0 Peringkat Negeri Perak di Dewan Millenium Lubok Merbau di sini semalam.

Razman berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa parti berkenaan telah memuktamadkan tiada kerjasama antara UMNO dan Pas pada PRU-15 di negeri ini.

Menurut Saarani, kerjasama yang terjalin buat masa ini di antara dua parti tersebut adalah di atas kapasiti sebagai rakan dalam kerajaan negeri sahaja.

Mengulas lanjut, Razman berkata, buat masa ini Pas Perak akan meneruskan perjuangannya bersama rakan-rakan parti yang masih bersama dengan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI