fbpx

Kelantan sedia hadapi banjir November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan (kiri) semasa menyampaikan tauliah pelantikan kepada jurulatih program latihan K-Rabb di Kota Bharu hari ini. - Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan sudah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) baru-baru sebagai persediaan awal untuk menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi mesyuarat itu, Jabatan Meteorologi Kelantan telah memaklumkan bahawa musim tengkujuh dijangka akan bermula sekitar November nanti.

Menurutnya, bagaimanapun, jumlah hujan dijangka sedikit melebihi purata taburan hujan pada November tahun lalu bagi kawasan tengah dan pantai negeri ini.

“Seluruh negeri Kelantan juga dijangka menerima jumlah hujan yang sedikit pada bulan Disember, namun ia melebihi purata taburan hujan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sehubungan itu, setiap daerah telah diminta untuk menjalankan kerja baik pulih pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dikenal pasti untuk keselesaan mangsa-mangsa banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Pelancaran Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan berkata, sebanyak 442 PPS telah dikenal pasti sekali gus mampu menampung sehingga 170,180 mangsa banjir.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman lalu, kerajaan negeri sentiasa melihat kekurangan yang boleh diperbaiki dalam aspek pengurusan banjir bagi mengelakkan berlakunya kehilangan nyawa.

“Kita telah menerima arahan kerajaan pusat termasuk daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat persediaan awal berikutan diramalkan akan berlaku banjir besar pada tahun ini.

“Selain itu, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan kebiasaannya iabakan ditampung oleh kerajaan pusat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI