fbpx
Najib Razak

Tahap kesihatan Najib dalam keadaan baik – HRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tahap kesihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan rehabilitasi di Hospital Rahabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur.

Hospital berkenaan dalam satu kenyataan berkata, Najib juga telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri.

“Pakar perunding yang berkaitan juga telah mengadakan sidang keluarga bersama beliau dan ahli keluarga terdekat di mana mereka telah dimaklumkan tentang situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan kesihatan beliau.

“Pakar perunding perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan HRC telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke Penjara Kajang,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan HRC susulan kenyataan akhbar oleh Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 21 September lalu berkenaan bekas perdana menteri itu yang sedang mendapatkan rawatan rehabilitasi dan pemantauan lanjut di HRC.

“Bersesuaian dengan matlamat HRC, kami akan terus komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan bagi memastikan pesakit yang dirawat di sini dapat mencapai tahap potensi optimum dan membolehkan seseorang individu mencapai tahap kefungsian yang maksimum,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa Najib telah dibenarkan keluar dari HRC dan dihantar semula ke Penjara Kajang.

“Datuk Seri Najib dirujuk kepada hospital sebab dia (Najib) mengadu tentang tahap kesihatan dia. Dia sudah pun diberi rehabilitasi dan sekarang ini pandangan pakar adalah beliau sudah bersedia dalam keadaan yang stabil untuk discharge.

“Dalam Kementerian Kesihatan ni, kita dengar pandangan pakar, saya tak boleh campur tangan, kalau pakar dah kata Najib sedia untuk ‘discharge’, maka discharge lah,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

POPULAR