fbpx

Kelibat Jho Low dilihat berada di Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jho Low

PETALING JAYA -Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa turut terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat kelibatnya berada di Macau baru-baru ini.

Pengarang bersama buku skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Billion Dollar Whale, Tom Wright mendedahkan perkara itu dalam satu wawancaranya di Youtube bertajuk ‘Episode 4 The Search For Jho Low’

“Kami mendedahkan gambar terbaharu Jho Low bersama rakan kongsinya yang dilihat berada di Macau, Hong Kong.

“Poster dalam bahasa cina telah turut dibuat bagaimana dia mencuri 8 billion AS$. Teori kami ialah orang Cina akan bersimpati dengan rakyat Malaysia dan mereka perlu tahu salah satu pelarian yang paling terkenal dari negara mereka tinggal di China,” katanya di Twitter.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia sudah memohon dan memperoleh ‘red notice’ (orang dalam buruan dikehendaki untuk pendakwaan) terhadap Jho Low daripada INTERPOL pada 2018.

Katanya, ‘red notice’ yang dikeluarkan INTERPOL kepada 195 negara sebagai makluman dan mendapatkan maklumat daripada negara ahli INTERPOL mengenai keberadaan penjenayah dalam buruan.

Sebelum ini, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai, Disember 2019. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI