fbpx

Aspek kepimpinan kunci kembangkan bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan.

SHAH ALAM – Aspek kepimpinan merupakan antara kunci penting bagi seseorang usahawan dalam membina bisnes berjaya.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., tanpa kepimpinan yang mantap, sukar untuk sesebuah bisnes melonjak ke tahap lebih tinggi.

“Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sangat menekankan aspek kepimpinan bagi bangsa usahawan yang dibimbing.

“Beliau bukan sekadar bercakap, malah menunjukkan teladan kepimpinan yang baik kepada warga RichWorks dan anak didiknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Radz mewakili seluruh warga RichWorks mengucapkan setinggi tahniah buat Azizan atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Bukan Bebas dalam Managepay Systems Berhad (MPay) berkuat kuasa semalam.

“Kami sangat berbangga atas perlantikan Azizan yang menjadi pengiktirafan atas sumbangan dan peranan signifikan beliau dalam melahirkan bangsa usahawan berjaya dalam negara.

“Azizan bersama RichWorks mula melatih dan membimbing usahawan sejak 15 tahun lalu dan menyaksikan banyak jenama serta syarikat, terutama yang berstatus bumiputera berkembang malah capai jualan jutaan ringgit,” jelasnya.

Radz menambah, Azizan bukan sahaja seorang mentor, malah merupakan seorang pelabur dan pelajar yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dengan ilmu serta strategi keusahawanan terkini untuk manfaat anak didik bimbingannya.

“Beliau baharu saja menyelesaikan ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya bersama Asia e University (AeU) pada 19 Ogos lalu, selain mendapat kelulusan dalam Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) sebelum itu.

Passion beliau dari dulu hingga kini ialah untuk melihat transformasi dan metamorfosis usahawan serta bisnes mereka berkembang ke tahap lebih tinggi.

“Beliau juga sedang menyediakan beberapa syarikat yang dibimbingnya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI