fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang melibatkan negeri di utara Semenanjung serta beberapa kawasan tumpuan lain sehingga pukul 4 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang.

Sementara itu, hampir kesemua daerah di Kedah diramalkan hujan lebat hingga petang temasuklah Langkawi, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kul dan Bandar Baharu.

“Di Pahang, kawasan berisiko cuaca buruk adalah Bera dan Rompin, manakala bagi Negeri Sembilan pula melibatkan Jempol dan Tampin sepanjang tempoh yang sama.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut dilaporkan berlaku sekitar Segamat, Johor,” katanya hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk ketika ini melibatkan beberapa kawasan di Sarawak sehingga awal petang nanti.

“Antaranya adalah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI