fbpx

Tangguh dulu PRU-15 jika banjir benar-benar berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal iaitu sebelum negara memasuki musim tengkujuh.

Katanya, cadangan untuk Dewan Rakyat dibubarkan pada Oktober adalah langkah terbaik sekiranya PRU-15 ingin diadakan pada tahun ini iaitu sebelum ramalan hujan lebat seperti mana yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelang hujung November nanti.

“Saya juga bersetuju bahawa PRU wajar ditangguhkan jika banjir benar-benar berlaku.

“Persoalannya bolehkah PRU diadakan sebelum musim banjir?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi seterusnya mencadangkan Parlimen dibubar pada awal Oktober terutamanya pada 7 sehingga 10 Oktober ini, iaitu tarikh Belanjawan 2023 dijadual dibentangkan.

“Umpamanya jika dibubar pada awal Oktober, maka PRU-15 dapat dan sempat dibuat pada awal November, iaitu dua hingga tiga minggu sebelum ramalan hujan lebat,” katanya.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mampu membuat persiapan yang sewajarnya meskipun mereka hanya mempunyai masa selama empat minggu.

“Kalau ikut rekod PRU-14 ialah, Parlimen dibubar pada 7 April 2018 dan SPR buat PRU pada 8 Mei 2018 (dalam masa kurang empat minggu).

“Makanya, berdasarkan kepada rekod kerja SPR, PRU yang lepas dan mengambil kira ramalan banjir MetMalaysia yang menjadi nas dan dalil utama masa kini, membuktikan kita masih sempat dan dapat mengadakan PRU sebelum musim banjir tahun ini jika dewan dibubar awal Oktober,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI