fbpx

Runtuhan batu kuari: Sampel DNA waris diambil dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bersiap sedia ke lokasi untuk menyambung pencarian cebisan rangka di tapak kuari Keramat Pulai, Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
IPOH – Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) waris kepada dua pekerja kuari yang dipercayai tertimbus runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai dekat sini akan diambil dalam masa terdekat bagi proses pengesahan identiti.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, sampel DNA itu akan diambil setelah selesai saki baki tulang kedua-dua mangsa dibawa keluar dari lokasi runtuhan tersebut.
“Setakat ini waris belum hadir untuk berikan sampel, kita akan panggil mereka selepas proses membawa keluar semua rangka tulang selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Yusri, pasukan mencari dan menyelamat menemukan beberapa cebisan rangka tulang manusia dan dua jengkaut di tapak kuari tersebut sejak kelmarin.
Katanya, dalam operasi yang dijalankan semalam juga, beberapa lagi cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dijumpai bersama stokin dan kasut.
“Penemuan terbaharu itu ditemui daripada bangkai jengkaut kedua yang masih tertimbus runtuhan batu.
“Kesemua objek tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan ujian DNA bagi mengenal pasti identiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI