fbpx

MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Labuan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ombak

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Wilayah Persekutuan Labuan bermula pukul 3 hingga 5 petang esok.

Justeru itu, MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, penduduk setempat diminta agar tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.

“Ujian siren tersebut akan dilakukan di Balai Bomba Layang-Layangan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI