fbpx

Kakitangan JKR maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Yamaha Y100 dinaiki mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja maut apabila motosikalnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Pasir Panjang di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Anuar Ismail, 54, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, sewaktu kejadian, Anuar dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Kubang Ikan di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y100 dinaiki mangsa dikatakan gagal mengelak lalu merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan, Toyota C-HR.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak dari motosikalnya,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, mayat Anuar telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI