fbpx

BDB intai tiga cabang baharu perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Iskandar ketika sidang akhbar mengumukan Prestasi Kewangan Suku Kedua 2022 BDB di VE Hotel & Residence, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Bina Darulaman Berhad (BDB) merancang mengembangkan sayap perniagaan mereka dan kini sedang mengintai tiga peluang baharu antaranya pertanian, tenaga baharu dan telekomunikasi.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd. Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, walaupun masih diperingkat awal, namun pihaknya sedang melakukan kajian serta usaha wajar bagi ketiga-tiga segmen tersebut.

Katanya, dengan adanya segmen tersebut, ia diharapkan dapat menawarkan nilai tambah kepada perniagaan sedia ada pada masa hadapan.

“Misalnya dalam projek tenaga baharu, kami terlebih dahulu akan memasang panel solar di aset BDB sedia ada yang bukan sekadar menambah baik elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus Kumpulan.

“Malah ia juga dapat menambah baik kepakaran dalam bidang ini sebelum menentukan langkah seterusnya. Kami berharap dapat membuat pengumuman selanjutnya berhubung usaha ini tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai harga rumah, Mohd. Iskandar memaklumkan bahawa BDB tidak memiliki sebarang perancangan untuk menaikkannya dalam tempoh enam bulan akan datang meskipun berdepan dengan suasana kenaikan kos bahan binaan ketika ini.

Malah katanya, fokus BDB pada masa sekarang adalah untuk mengoptimumkan kos iaitu dengan melakukan langkah lindung nilai serta membuat pesanan barangan lebih awal bagi mengurangkan sebarang tekanan kenaikan harga.

“Saya secara peribadinya mengharapkan pembentangan Bajet kali ini akan memberikan sedikit kelonggaran kepada sektor hartanah, seperti dari segi kos pematuhan, menyediakan subsidi dan insentif untuk menyokong industri.

“Terutamanya bagi pemaju yang menawarkan kediaman mampu milik,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI