fbpx

AS tubuh komuniti baharu negara Atlantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Biden kini memberi lebih banyak perhatian kepada kerjasama alam sekitar global terutama berkaitan tahap kesihatan lautan. - Shutterstock

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mencadangkan penubuhan komuniti baharu dalam kalangan negara Atlantik dengan pelaburan tambahan berjumlah AS$100 juta (RM456 juta) dalam program yang menggalakkan kelestarian alam sekitar dan keselamatan marin.

Blinken akan bekerjasama dengan rakan sejawat dari Angola, Brazil, Ghana, Portugal dan Senegal di New York semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebahagian daripada pakatan baharu yang terdiri daripada 10 negara anggota, demikian kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara.

“AS berharap dapat bekerjasama dengan negara-negara Atlantik untuk membangunkan projek kerjasama tetap yang boleh memajukan matlamat bersama di rantau ini,” kata pegawai berkenaan.

Rancangan itu muncul ketika pentadbiran Presiden Joe Biden memberi lebih banyak tumpuan kepada kerjasama alam sekitar antarabangsa terutamanya kesihatan lautan.

Kerjasama projek Atlantik baharu ini akan berusaha untuk mewujudkan ekonomi lautan yang mampan dan menyokong kesihatan lautan terutamanya bagi menangani perubahan iklim dan habitat marin.

Pentadbiran Biden akan membuat pelaburan tambahan bagi usaha tersebut pada tahun depan, tertakluk kepada kelulusan perundangan, di samping dana tahunan AS$400 juta (RM1.8 bilion) yang kini dibelanjakan untuk aktiviti maritim di Atlantik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI