fbpx

Pemuzik DBKL maut motosikal berkuasa tinggi rempuh trak pikap di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh belakang sebuah trak pikap di Kilometer 98.6 LPT1 di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyebabkan pemandu motosikal jenis Suzuki GSX R1000 berusia 34 tahun yang merupakan pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakaman kejadian yang turut tular dalam media sosial itu menyaksikan sebuah trak pikap yang berada di laluan kanan telah membrek secara tiba-tiba bagi mengelak seorang wanita yang melintas jalan sebelum sebuah motosikal berkuasa tinggi merempuh trak pikap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, berdasarkan siasatan kemalangan berlaku apabila pemandu trak pikap jenis Mitsubishi Pajero Sport yang berhenti di bahu jalan melintas jalan sehingga menyebabkan sebuah trak pikap lain jenis Mitsubishi Triton di laluan kanan jalan membrek secara mengejut.

“Dalam masa sama datang sebuah motosikal jenis Suzuki GSX R1000 dari arah belakang terus melanggar bahagian belakang Mitsubishi Triton dan mangsa terjatuh di lorong laju manakala motosikal mangsa tercampak di belakang trak pikap berkenaan.

“Akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu Mitsubishi Pajero Sport yang melintas jalan.

Beliau memberitahu polis menahan reman pemandu Mitsubishi Pajero Sport yang merupakan wanita berusia 35 tahun dan penumpang kenderaan berkenaan yang merupakan lelaki warga China berusia 37 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI