fbpx

Nafi ada terima faedah dana SRC yang diseleweng – Bekas pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah SRC International Sdn. Bhd., Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menafikan bahawa beliau ada menerima sebarang faedah daripada dana yang diseleweng daripada SRC International Sdn. Bhd. (SRC International).

Shahrol Azral yang juga bekas CEO SRC International turut menafikan beliau telah bertindak curang atau gagal menjalankan tugasnya sebagai Pengarah serta berkomplot dengan mana-mana pihak untuk memanipulasi syarikat terbabit sehingga menyebabkan dana mencecah bilion ringgit syarikat itu telah disalahgunakan atau disalurkan kepada pihak yang salah.

“Saya tidak pernah menerima sebarang faedah daripada dana yang telah diselewengkan. Tiada apa yang saya hendak sorokkan dan telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Saya tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan berkaitan dengan kerugian yang dialamai oleh plaintif (SRC International) berhubung salah guna dana RM4 bilion yang diperolehi daripada pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

“Sebaliknya defendan pertama (Datuk Seri Najib Razak) telah disabitkan dengan kesalahan dan sabitan tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,”kata Shahrol Azral.

Terdahulu, ketika disoal oleh peguam, Harvinderjit Singh, Shahrol Azral memberitahu bahawa pasport antarabangsanya tidak pernah dirampas oleh mana-mana pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Shahrol Azral yang juga bekas CEO SRC International menyatakan, terdapat sekatan perjalanan dikenakan terhadapnya sepanjang siasatan berhubung skandal penyelewengan dana 1MDB.

Pada perbicaraan kes jenayah penyelewengan dana SRC International, Shahrol Azral yang dinamakan sebagai pihak ketiga dalam saman sivil itu menyatakan pasport antarabangsanya tidak pernah dirampas oleh mana-mana pihak.

Bagaimanapun, selepas membuat semakan, Shahrol Azral mendapati beliau telah dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia sewaktu siasatan 1MDB dijalankan.

Lelaki itu mendakwa bahawa sekatan itu dikenakan terhadapnya kerana beliau merupakan sebagaian daripada pengurusan tertinggi 1MDB dan bagi mengelakkannya daripada menghilangkan diri.

Pada 7 Mei 2021, SRC International memfailkan saman sivil terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil.

Dalam tuntutan tersebut, lima bekas pengarah syarikat itu turut dinamakan sebagai pihak ketiga. Sebelum ini, SRC menggugurkan lima individu berkenaan dalam saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.

Lima individu itu ialah Datuk Suboh Md. Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar. dan empat bekas pengarahnya yang bermula hari ini.

SRC International yang juga anak syarikat 1MDB selaku plaintif, dalam writ saman mendakwa kesemua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah. Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.

SRC International memohon deklarasi bahawa semua defendan adalah bertanggungjawab untuk membayar kerugian dana pelaburan itu akibat penggunaan jumlah pinjaman terbabit, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI