fbpx

Kenaikan paras air laut bakal rugikan AS RM493 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di negeri Carolina Utara semasa Taufan Arthur. - Pengawal Pantai AS

WASHINGTON – Satu laporan dikeluarkan sebuah organisasi penyelidikan bukan berasaskan  keuntungan, Climate Central mendedahkan kenaikan paras air laut akan membanjiri sebahagian besar Amerika Syarikat (AS) dan menenggelamkan tanah bernilai berbilion dolar, lapor stesen penyiaran NBC semalam.

Kajian itu turut menjangkakan nilai kerugian yang berkemungkinan dihadapi oleh pasaran hartanah di AS akibat kenaikan paras air laut boleh mencecah lebih AS$108 bilion (RM493 bilion) menjelang akhir abad ini.

Ia juga mendapati bahawa hampir 650,000 bidang tanah milik persendirian yang berukuran lebih 1.6 juta hektar akan tenggelam di bawah garisan air pasang dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Oleh kerana semua tanah di bawah garisan pasang surut adalah milik kerajaan menurut undang-undang, insiden air pasang pada asasnya boleh melesapkan sejumlah besar kekayaan persendirian yang boleh dikenakan cukai.

Ini secara tidak langsung akan mengurangkan hasil cukai harta dengan ketara di kawasan pantai yang dikhuatiri oleh pakar boleh memufliskan kerajaan tempatan.

Selama beribu tahun, garisan pasang surut tidak pernah berubah.

“Tanah pasang surut dan air laut, terbuka kepada orang ramai kerana ia boleh dilayari dan berstatus umum,”kata Pengarah Program Undang-undang dan Dasar Alam Sekitar Georgetown, Peter Byrne.

Namun, apabila planet semakin panas, garisan pasang surut lama kini sudah berada di kawasan bukit dan bukan di pesisir pantai seperti zaman dahulu. 

Kajian mendapati bahawa kawasan sebesar negeri New Jersey yang kini berada di atas air akan ditenggelami air pasang besar pada tahun 2050.

“Kenaikan paras air laut akhirnya akan ‘merampas’ tanah yang kini didiami manusia. Ia sesuatu yang berada di luar kawalan kita,”  kata penasihat kanan Climate Central dan penulis laporan, Don Bain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI