fbpx

Hujan lebat berterusan di Pantai Timur, Johor malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di kawasan Pantai Timur dan selatan Semenanjung termasuk Sabah malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat malam nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Pahang pula meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin sementara di Selangor tertumpu di Hulu Selangor,” katanya hari ini.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi manakala Sabah melibatkan Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Selain itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama melibatkan kawasan perkapalan Phuket, Condore, Reef North dan Palawan yang berkuatkuasa hingga tengah malam nanti.

“Angin masih lagi bertiup dari barat daya menuju ke Semenanjung dengan kelajuan sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam.

“Namun demikian di kawasan perkapalan Laut China Selatan ketika ini angin masih bertiup dengan kelajuan agak kencang sekitar 40 hingga 50 kilometer sejam,” katanya.

Tambah MetMalaysia, keadaan tersebut amat berbahaya untuk aktiviti menangkap ikan, bot-bot kecil dan perkapalan serta aktiviti pantai dan sukan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI