fbpx

Pemandu trak pikap dipuji lekat makanan percuma pada kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAKANAN ringan dan pelitup muka dilekatkan pada badan sebuah trak pikap, manakala orang ramai boleh mengambilnya secara percuma. - TikTok @wetcjayany

BANGKOK – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda di wilayah Chiang Rai, Thailand mendapat pujian pengguna TikTok kerana melekatkan pelbagai jenis makanan ringan dan pelitup muka pada badan trak miliknya untuk diambil oleh orang ramai secara percuma.

Menurut laman berita Thaiger, video yang memaparkan trak pikap berwarna putih itu dimuat naik Jumaat lalu oleh seorang pengguna TikTok.

“Anda amat baik hati. Chiang Rai hebat,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Dalam video itu, sejumlah makanan ringan dan pelitup muka dilekatkan  pada badan trak pikap tersebut beserta sehelai kertas yang bertulis: “Ambil secara percuma.”

Ketika trak berkenaan berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat,  kelihatan dua kanak-kanak lelaki pergi ke arah kenderaan itu dan mengambil beberapa makanan ringan. Mereka tidak lupa  mengucapkan terima kasih kepada pemandunya.

Video tersebut menjadi tular dengan pengguna media sosial Thailand memuji sikap pemurah  pemandu berkenaan.

“Idea yang sangat bernas. Saya rasa gembira menonton video ini,” kata seorang netizen.

“Kedua-dua pemandu dan penerima berasa gembira,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI