fbpx

Pameran kerjaya dalam bidang E&E tawar 1,000 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bakal menganjurkan pameran kerjaya maya berfokus kepada sektor elektrik dan elektronik (E&E) bermula 28 September hingga 30 September ini.

Pameran Kerjaya Maya VCF E& E yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan menampilkan keterlibatan lebih daripada 40 syarikat dari sektor E& E yang bakal menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew berkata, TalentCorp menerusi mandatnya berperanan untuk menghubungkan dan meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan bakat untuk memastikan ekosistem bakat negara dipacu dan diperkasakan menerusi intervensi strategik dan berimpak tinggi bagi menyokong keperluan bakat serta mencapai aspirasi negara.

“Pelaksanaan VCF E&E ini berdasarkan keperluan guna tenaga semasa sektor ini yang turut bertindak sebagai penyumbang utama ekonomi negara. 

“Usaha ini merupakan terjemahan kepada kerjasama strategik TalentCorp, industri dan institusi untuk mengetengahkan peluang pekerjaan tersedia disamping membantu bakat untuk merangka perancangan kerjaya dan keterlibatan mereka dalam sektor ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Matthew menjelaskan, selain meneroka peluang pekerjaan, peserta turut berpeluang untuk berinteraksi bersama majikan melalui sembang langsung secara maya, mendapatkan informasi terkini industri E&E serta menghadiri webinar untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran kerjaya maya E&E ini termasuklah Intel Malaysia, Keysight Technologies, Plexus Manufacturing, Silterra Malaysia, Vitrox Corporation, Schneider Electric, Flextronics Technology, TF AMD Microelectronics dan Hoya Electronics Malaysia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI