fbpx

Daler Yusuf senyap-senyap dah kahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN foto perkahwinan Daler Yusuf bersama seorang wanita mengundang spekulasi bahawa dia sudah pun bernikah.

PETALING JAYA – “Tahniah Daler! Selamat pengantin baharu.”

Itu antara ucapan tahniah yang ditujukan kepada pelakon kacak Daler Yusuf selepas dia memuat naik foto berpakaian pengantin bersama seorang wanita sehingga membuatkan ramai peminatnya ‘patah hati’.

Perkongsian Instagram pelakon asal Uzbekistan itu turut menjadi tanda tanya peminat yang rata-ratanya terkejut jika benar dia telah pun selamat bergelar seorang suami.

Lebih menguatkan andaian apabila Daler, 30, dilihat membalas ucapan tahniah daripada peminat yang ditujukan kepadanya atas perkahwinan tersebut.

“Tahniah Daler!” ucap seorang peminatnya yang dibalas dengan terima kasih oleh Daler.

Bagaimanapun, pengurus kepada Daler, Pod ketika dihubungi Kosmo! memberitahu perkahwinan pelakon dengan nama lengkap Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad itu cuma ‘olok-olok’ untuk mempromosikan jenama sebuah butik pengantin.

“Tak adalah. Perkahwinan itu cuma untuk sesi fotografi. Daler pula melayan ucapan tahniah daripada peminatnya.

“Ramai yang tersalah anggap. Daler belum lagi berkahwin,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada tahun lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup itu pernah memberitahu media tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Daler mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti bakal isterinya buat ketika ini dan sedang mencari waktu yang sesuai untuk mengumumkan tentang perkahwinannya secara terperinci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI