fbpx

Majikan enggan upah individu miliki angka 5 dalam nombor telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon temuduga diminta menukar nombor telefon jika serius mahu memulakan kerjaya di syarikat berpangkalan di Shenzhen, China itu. - CNBC

BEIJING – Seorang majikan di China menjadi mangsa kecaman netizen apabila enggan menggaji individu yang memiliki angka lima sebagai digit kelima dalam nombor telefonnya, lapor akhbar The Sun semalam.

Majikan di sebuah syarikat pendidikan di bandar Shenzen dikatakan memberitahu calon kakitangan untuk menukar nombor telefon mereka jika serius mahu memulakan pekerjaan di firma tersebut.

Permintaan aneh untuk mengisi kekosongan pekerjaan itu adalah berdasarkan kepercayaan karut bahawa mempunyai angka lima sebagai digit kelima dalam nombor telefon akan membawa nasib malang.

Kepercayaan pelik yang tiada kaitan dengan kemahiran atau etika kerja mencetuskan perdebatan hangat di platform media sosial China, Weibo.

Ramai netizen terpinga-pinga mengenai bagaimana sebuah syarikat boleh mempunyai dasar merekrut yang kolot dan tidak masuk akal.

“Kita hidup di abad ke-21 dan masih ada majikan yang mempunyai kepercayaan karut seperti ini,” komen seorang pengguna.

“Lebih baik anda upah guru feng-shui dan jangan cari pekerja untuk bekerja di syarikat itu,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI