fbpx
ASIAH (kanan) bersama jiran menunjukkan meriam Tok Mengkudu di kediamannya di Kampung Mengkudu, Segamat.

Misteri bunyi meriam Tok Mengkudu di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Setiap kali bunyi dentuman kuat, penduduk di sekitar bandar ini cemas kerana mereka menyangka bunyi ber­kenaan datang dari meriam Tok Mengkudu.

Malah keadaan itu membuatkan mereka terfikir bahawa bencana besar bakal berlaku terma­suk bah seperti yang terjadi pada 2006.

Seorang penduduk dan pemilik meriam Tok Mengkudu, Asiah M. Isa, 72 berkata, selepas 19 tahun, bunyi dentuman gempa bumi yang didengar pada 24 Ogos lalu, disangka bunyi dari meriam tersebut

“Ketika hari pertama (24 Ogos) kita dengar bunyi dentuman, saya dan penduduk lain ingatkan bunyi meriam kerana ia sama dengan kejadian pada 2006.

“Pada tahun itu, bunyi dentuman didengar beberapa kali. Kebetulan selepas (bunyi dentuman itu), memang berlaku bah besar di Segamat.

“Apabila bunyi dentuman didengar pada hari pertama kejadian gempa bumi berlaku, ia mengingatkan penduduk kampung ini tentang kejadian banjir besar 19 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Mengkudu di sini.

GAMBAR fail menunjukkan bandar Segamat dilanda banjir besar pada 2006.

Tambah Asiah, mereka bagaimanapun lega apabila pihak Jabatan Metrologi mengesahkan ia adalah gempa bumi.

Bercerita lanjut kata Asiah, setiap kali penduduk terdengar bunyi dentuman, mereka bersiap sedia kerana ia petanda bencana besar akan berlaku termasuk bah.

“Meriam Tok Mengkudu ini di­letakkan di dapur rumah saya, kami tidak akan menjualnya walaupun pernah ditawarkan dengan harga yang tinggi. Sekiranya saya meninggal dunia, saya mahu waris menjaganya dengan baik,” ujarnya.

Sementara itu, suami Asiah, Abdul Jalil Osman, 75, berkata, mereka menjaga meriam wari­san turun temurun ini dengan baik dan kerap membersihkan meriam ini bagi mengelakkan berkarat.

“Saya tidak akan memberi kebenaran mana-mana pihak yang ingin melakukan upacara ritual menggunakan meriam Tok Mengkudu ini yang boleh menimbulkan khurafat,” katanya.

Meriam Tok Mengkudu sepanjang kira-kira 1.3 meter dan seberat kira-kira 20 kilogram itu diletakkan di ruang dapur rumah mereka bagi mengelakkan di curi atau disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Terdahulu, pada 24 Ogos lalu, warga Segamat digemparkan dengan gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 skala Richter buat pertama kalinya bersama dentuman kuat dan disusuli dengan enam lagi gegaran susulan dalam tempoh satu minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN