fbpx

Tyo sang drummer, anak Ahmad Dhani buat wanita cair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT Dewa 19 memberi banyak kehangatan buat peminat di Malaysia.

BIARPUN konsert band terkenal Indonesia, Dewa 19 sudah melabuhkan tirai, namun kehangatannya masih diperkatakan dalam media sosial.

Hampir setiap hari, pasti ada sahaja yang memuat naik video dan foto konsert, terutama dalam YouTube

Paling menarik perhatian ramai semestinya pemain drumnya, Tyo Nugros yang tiba-tiba meledak dek paras kacaknya.

Senyuman Tyo dikatakan membikin cair hati ramai wanita ditambah pula renungan matanya yang dikatakan memukau sesiapa sahaja yang memandang.

Bukan sahaja Tyo, kehadiran anak-anak Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali, El Rumi dan Abdul turut mencuri pandangan ramai.

Ada yang sanggup menunggu di depan hotel mereka menginap semata-mata untuk bergambar bersama trio adik-beradik popular itu.

Kegilaan Dewa 19 di Malaysia sekaligus membuktikan kumpulan itu masih relevan walaupun sudah lebih dua dekad memahat nama dalam dunia seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI