fbpx

Shahrul Saad digugurkan daripada skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 23 pemain telah menjalani kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya selepas khidmat Shahrul Saad terpaksa digugurkan. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan tonggak berpengaruh, Shahrul Saad bagi menghadapi kejohanan Piala Raja di Chiang Mai, Thailand kerana masih belum cergas daripada masalah kesihatan.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon yang turut memutuskan untuk tidak memanggil pemain baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu .

“Shahrul melaporkan diri bersama pemain lain, semalam tetapi pemantauan oleh doktor dan fisioterapi pasukan terhadap keadaan kesihatan sepanjang dua hari ini mendapati beliau tidak sempat untuk cergas sepenuhnya menjelang kedua-dua perlawanan di Chiang Mai itu nanti.

“Kami di barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain bersetuju untuk melepaskan Shahrul daripada kem latihan pusat kali ini supaya beliau dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.

“Dengan ketiadaan Shahrul, baki 23 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sementara seorang lagi pemain iaitu Dion Cools akan terus menyertai pasukan di Chiang Mai pada Isnin ini. Tiada penambahan pemain baharu,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu.

Ketiadaan Shahrul menyaksikan benteng utama Harimau Malaya akan menjadi rebutan pemain seperti Sharul Nazeem Zulpakar, Ahmad Khuzaimi Piee dan Dominic Tan untuk digandingkan dengan Cools di posisi pertahanan tengah.

Skuad negara dijadualkan bertemu dengan tuan rumah, Thailand pada 22 September di Stadium 700th Anniversary manakala Trinidad & Tobago akan menentang Tajikistan di venue dan hari yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI