fbpx
Suntingan gambar AI menjadi kegilaan orang ramai kini.

Sunting gambar lucah guna AI boleh dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAIN media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok, pada era digital yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang, teknologi kecerdasan buatan (AI) kini salah satu medium yang semakin mendapat perhatian utama.

Apa tidaknya, dengan menggunakan teknologi itu, ia mampu mengubah sesuatu situasi menjadi nyata.

Namun tahukah anda jika tersilap langkah dengan teknologi itu dengan tujuan membawa perkara negatif, ia boleh menyebabkan anda diheret ke muka pengadilan!

Sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, akta ini memperuntukkan peraturan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran, dan kandungan dalam talian selain terdapat juga peruntukan mengenai kesalahan dalam komunikasi dan multimedia, seperti penyebaran maklumat palsu.

Peguam Muhammad Amin Abdullah berkata, menyalah guna teknologi AI dengan mengaibkan seseorang dianggap satu kesalahan kerana ia telah membuktikan dua elemen jenayah iaitu actus reus (perbuatan jenayah yang dilakukan) dan mens rea (niat jahat).

“Sebagai contoh, seseorang telah menyunting gambar lucah menggunakan AI dan menjualnya kepada khalayak ramai. Perbuatan ini adalah satu kesalahan jenayah yang jelas di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata peguam itu.

Beliau berkata, antara implikasi yang dihadapi mangsa jenayah AI ialah trauma emosi dan tekanan psikologi yang mana mangsa mengalami gangguan emosi, ketakutan dan rasa malu yang mendalam apabila wajah mereka dipaparkan dalam konteks yang tidak senonoh.

Ujarnya, kesan negatif lain ialah mangsa akan dijauhi oleh rakan-rakan atau kenalan dan mungkin ahli keluarga akibat tanggapan negatif masyarakat.

Pada April lalu, media pernah melaporkan seorang pelajar tingkatan empat didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah kerana memiliki bahan lucah dan terlibat dalam kegiatan menyunting gambar lucah menggunakan AI.

Remaja lelaki berusia 16 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah, namun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyunting gambar seorang remaja perempuan berumur 17 tahun menjadi bahan lucah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki 14 keping gambar lucah di dalam telefon bimbitnya dan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap mangsa perempuan berusia 17 tahun secara menyunting gambar menjadi gambar lucah.

Dalam kes lain, polis telah menyiasat video palsu menggunakan AI membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, video tular di TikTok yang memaparkan individu menyerupai Acryl Sani itu, adalah tidak benar dan dimanipulasi menggunakan AI.

“Polis Selangor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI untuk tujuan penipuan atau fitnah yang boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu ini,” katanya.

Pendek kata gunakanlah AI ke arah positif yang boleh membawa keuntungan. Ingat silap langkah anda boleh ke penjara!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN