fbpx

Penganggur bunuh bapa kerana bosan jaga orang sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kini berada dalam tahanan polis selepas mengaku membunuh bapa sendiri. - detik.com

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Jawa Timur, Indonesia tergamak membunuh bapa sendiri yang lumpuh kerana bosan menjaga orang tua itu dan mahu keluar merantau, lapor laman berita Detik semalam.

Suspek, Fahri Wahyu Erfanto ialah seorang penganggur dan tinggal bersama ayahnya iaitu Wachid selepas mangsa diserang angin ahmar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semalam di Desa Dadapan, Kabupaten Ngawi.

Menurut kenyataan Ketua Polis Ngawi, Komisioner Hendry Ferdinand Kennedy, suspek pernah meminta wang daripada  mangsa untuk berhijrah ke bandar tetapi tidak diendahkan.

“Suspek mengaku kepada polis dia bosan menjaga ayahnya yang sakit sehingga sanggup membunuh mangsa.

“Berdasarkan keterangan beberapa saksi, suspek memang tiada pekerjaan lain selain menguruskan ayahnya setiap hari,” jelas Hendry. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI