fbpx

[KEMASKINI] Jet ski hilang dijumpai, penunggang masih gagal dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jet ski yang dilaporkan hilang bersama penunggangnya semalam dijumpai di kawasan Tanjung Sipang Santubong, dekat sini sebentar tadi.

KUCHING – Jet ski yang dilaporkan hilang di perairan laut Pulau Talang-talang telah dijumpai di kawasan Tanjung Sipang Santubong, dekat sini sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada pukul 8.30 malam.

“Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II), Latif Iring telah mendapat maklumat terkini daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bahawa jet ski milik mangsa yang hilang di perairan laut Pulau Talang-talang telah dijumpai di kawasan Tanjung Sipang Santubong.

“Bagaimanapun, penunggang jet ski yang dikenali Lee Chong Loong belum dijumpai lagi setakat ini,” ujarnya sebentar tadi.

Justeru, katanya, operasi mencari dan menyelamat akan bertukar di kawasan yang dilaporkan dan akan diambil alih oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama dengan Safety Waters and Rescue Team (SWART) bermula esok.

Pada masa sama, jelasnya, Pusat Kawalan Bomba (PKB) akan diwujudkan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Santubong bersama dengan agensi APMM dalam usaha mengesan mangsa.

Terdahulu, hasrat seorang lelaki menguji jet ski bersama rakannya bertukar detik cemas apabila rakannya itu dilaporkan hilang di perairan Pulau Talang-Talang, Sematan, kira-kira 100 kilometer (km) dari sini, semalam.

Mangsa, Lee Chong Loong, umur belum dapat dikenal pasti hanya disedari hilang oleh rakannya ketika mereka hendak kembali ke jeti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI