fbpx

Sungai Sembrong, Kluang bertukar jadi ‘lautan sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan keadaan Sungai Sembrong yang dipenuhi sampah yang dikongsi di laman Facebook Aku Budak Kluang.

PETALING JAYA – Umpama lautan sampah. Itu antara luahan pengguna laman sosial apabila melihat keadaan sebatang sungai di Johor yang dipenuhi sampah serta sisa kayu.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Aku Budak Kluang, kejadian itu dirakam di Sungai Sembrong, Batu 17, Jalan Kluang-Mersing, Johor.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku selepas hujan lebat membadai daerah itu beberapa hari lalu sehingga ada kawasan yang ditenggelami banjir.

Berdasarkan klip video berdurasi dua minit 49 saat itu, kelihatan sisa sampah seperti plastik, botol, sisa kayu dan pelbagai barangan lain memenuhi sungai berkenaan.

Lebih menyedikan terdapat puluhan bangkai ikan mati kesan pencemaran di sungai tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna kesal dengan kejadian itu kerana ia berlaku akibat tindakan manusia tidak bertanggungjawab membuang sampah serta mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Umpama lautan sampah, ini kesan manusia tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata sehingga sungai menjadi mangsa,” tulis Ijat Roslan.

“Cuba tanya sendiri mereka yang tinggal berhampiran sungai tu, sistem pembuangan sampah mereka guna macam mana?,” soal Mohamed Ghulam Abd. Aziz.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nor AkmaZaki.

“Selagi ada manusia yang tidak bertanggungjawab buang sampah merata-rata, masalah pencemaran sungai tak akan dapat di atasi sampai bila-bila,”luahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI