fbpx

Pemain import kami pandai cakap Kedah – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Sanusi (kiri) ketika hadir pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mencuit hati netizen apabila berseloroh mengatakan pemain import pasukan KDA FC mampu bercakap dalam loghat Kedah.

Beliau berkata demikian melalui laman Facebooknya selepas hadir menyaksikan perlawanan Liga Super  antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Selangor di Stadium Darul Aman, semalam.

“Mai tgk bola sat malam ni, Kedah lawan Selangor. Player (pemain) import kami reti cakap Kedah, ‘Hang ni awat’….’Hang pasai pa’.

“Satu lagi, Awat depa koyak taktau,” tulisnya di ruangan komen, semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah itu mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila memberikan ucapaan seakan-akan menyindir pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang muncul juara Piala FA 2022.

“Tahniah JDT menang Piala FA, sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,” tulis Sanusi di laman Facebooknya, baru-baru ini.

Rata-rata pengguna media sosial turut meninggalkan komen lucu mereka serta bersetuju dengan apa yang dikatakan Muhammad Sanusi itu.

“Betul YB, import Kelantan FA pun boleh cakap bahasa kami, kadang-kadang budu pun mereka makan jadikan kuah dalam nasi,” kata Iruwan Suleman.

“Hebat pemain import Kedah, jarang orang luar boleh cakap bahasa Kedah.

“Pemain kelab sana semuanya import, mana ada asal negara sendiri semua orang luar,” ujar Jeb Kunang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI