fbpx

Mahkamah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL lepas, bebas rasuah RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabudin ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO/ FAIZ ALIF

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd. Salleh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan menerima rasuah RM200,000 berhubung pengeluaran permit kerja.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.

Mengikut pertuduhan sebelum ini, Sabudin, 60, yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, didakwa memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Wong May Kuan.

May Kuan ialah subkontraktor kepada Dusari Niaga yang melaksanakan ‘Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214)’ sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.

Sabudin didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini, dan di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, masing-masing pada 9 Jun 2018 dan 17 Januari 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI