fbpx

Jumlah mangsa banjir di Seri Gading meningkat kepada 326

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN air banjir di Kampung Baru Seri Gading, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Seri Gading semakin meningkat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sehingga tengahari hari ini sebanyak 65 buah keluarga melibatkan 326 orang mangsa sudah dipindahkan.

Katanya, jumlah ini berikutan daripada berlaku pemindahan mangsa baharu dari Kampung Baru Seri Gading.

“Berbanding petang kelmarin, hanya 20 keluarga melibatkan 83 mangsa ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.

“Peningkatan berlaku sejak awal pagi tadi dan dijangka akan bertambah lewat petang ini berikutan kerja-kerja memindahkan mangsa masih dilakukan,”katanya.

Menurut Ismail, terdapat juga penambahan tempat kediaman yang dinaiki air iaitu di Kampung Seri Tanjung berbanding semalam hanya Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Seri Gading dan Pekan Sri Gading. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI