fbpx

Dakwaan SPR paksa guru hadir taklimat petugas PRU-15 disiasat – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi bercakap pada sidang akhbar selepas Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw di Sekolah Kebangsaan Presint 5 (1) di sini hari ini. - FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat satu dakwaan kononnya guru-guru di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor yang ‘dipaksa’ menghadiri taklimat petugas pilihan raya umum (PRU) ketika sesi persekolahan baru-baru ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau baharu sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Beliau berkata, pihaknya merasakan SPR cukup faham dengan tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.

“Jika dibuat taklimat panggil dan panggil semua guru, siapa nak jaga anak-anak kita di sekolah.

“Secara umumnya, SPR faham bahawa kalau guru bertugas pada waktu berkenaan, maka keutamaan harus diberikan kepada guru untukk bertugas dan mengajar,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Pengukuhan Sukan Sepak Takraw di sini, hari ini.

Katanya, KPM sentiasa bekerjasama dengan SPR dan jika perlu, waktu taklimat diperincikan bagi memastikan tugas hakiki guru tidak tergangggu.

Radzi berkata, jika taklimat itu diadakan pada hari sesi persekolahan, ia mestilah dilakukan selepas waktu persekolahan atau libatkan guru yang tidak bertugas dan pentadbir sekolah sahaja.

Sebelum ini, media melaporkan keluhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko, Muhamad Nasron Muhamad Nasir. yang mendakwa guru dipaksa menghadiri taklimat petugas PRU ketika waktu persekolahan.

Muhamad Nasron mendakwa taklimat itu diadakan pada Isnin lalu dan majoriti guru tidak dapat mengajar pada hari berkenaan.

Katanya, beliau sudah melaporkan perkara itu kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Arbain Pinni.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata, KPM sudah mengemukakan kesemua hasrat, peruntukan dan perkara yang diperlukan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk Bajet 2023 yang bakal dibentangkan awal bulan depan.

Menurutnya, senarai itu termasuk peruntukan bagi memperluaskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan beberapa program dan inisiatif lain.

“Seterusnya, kita kena tunggu pengumuman ketika bajet nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI