fbpx

Lebih RM10 juta nilai tambah dijana melalui ICP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu dan peserta Majlis Penutup Program ICP Projek Janakuasa 3B bergambar di Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz di Port Dickson, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lebih RM10 juta nilai tambah berjaya dijana melalui perolehan dua unit ste­sen janakuasa arang batu super kritikal ultra 1,000 megawatt, melibatkan Penyedia Program Kolaborasi Industri (ICP), Toshiba Energy Systems & Solution Corporation (TESSC).

Projek Stesen Janakuasa 3B itu yang dianugerahkan kepada anak syarikat TNB, Jimah East Power Sdn. Bhd. (JEP) oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga pada 2014 disyaratkan untuk mematuhi keperluan ICP seperti yang digariskan dalam Dasar ICP.

Technology Depository Agency (TDA), agensi yang diberi mandat oleh Kementerian Kewangan (MOF) untuk mengurus, mentadbir dan memantau pelaksa­naan ICP dilantik bagi mentadbir perkhidmatan pengurusan offset bagi projek berkenaan.

Program ICP bagi projek itu merangkumi pemindahan teknologi daripada TESSC kepada JEP, TNB Repair And Maintenance Sdn. Bhd. dan TNB Integrated Learning Solution dalam usaha untuk membangunkan kepakaran tempatan melalui latihan simulator di Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Port Dickson.

TESSC perlu membekalkan simulator, pemindahan teknologi dan pengetahuan, serta latihan pembangunan kapasiti kepada universiti dan institusi latihan tempatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOF, Datin Rashidah Mohd. Sies berkata, pelaksanaan Dasar dan Garis Panduan ICP memastikan nilai tambah untuk setiap perbelanjaan melalui perolehan kerajaan.

“Ia boleh membantu membangunkan industri tempatan, meningkatkan keupayaan teknikal, mempercepat penerima gunaan teknologi, serta mengurangkan kebergantungan negara kepada kepakaran asing,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI