fbpx

Erling Haaland lebih utamakan Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND bakal mengetuai jentera serangan City untuk merobek gawang bekas pasukannya, Dortmund awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester City, Erling Haaland bersedia untuk menghancurkan bekas kelabnya, Borussia Dortmund menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara di Etihad awal pagi esok.

Pemain antarabangsa Norway itu dianggap antara penyerang terbaik dunia ketika ini apabila memulakan karier bersama City dengan cemerlang selepas meledak 12 gol dalam tujuh perlawanan.

Justeru, Haaland dijangka te­rus mencipta sensasi menjelang perlawanan menentang Dortmund, terutama ketika dia membantu The Citizens menewaskan Sevilla 4-0 dengan menjaringkan dua gol minggu lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu juga meletakkan sasaran untuk membantu City menjulang kejuaraan musim ini selepas memahat namanya sebagai pemain pertama menjaringkan 25 gol dalam 20 perlawanan Liga Juara-Juara.

“Bagi saya, apa yang paling penting adalah untuk mengembangkan bakat sebagai pemain bola sepak terbaik. Fokus saya adalah bagi membantu pasukan dan bermain dengan baik bersama rakan.

“Saya seorang pemain yang dahagakan kemenangan dan Liga Juara-Juara merupakan pertan­dingan paling berprestij. Semua orang tahu ia adalah impian saya untuk memenanginya,” kata Haaland.

Pertemuan awal pagi esok dijangka berlangsung menarik memandangkan kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan bagi menerajui saingan Kumpulan G apabila City dan Dortmund pada masa kini masing-masing berjaya mengumpul sebanyak tiga mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI