fbpx

Berjalan 10,000 langkah sehari kurangkan risiko demensia, kanser dan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDIVIDU kurang aktif boleh berjalan sekurang-kurangnya 3,800 langkah sehari. – Wion News

WASHINGTON – Satu kajian terbaharu mendapati berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari mampu mengurangkan risiko demensia, kanser, serangan jantung di samping dapat melanjutkan usia, lapor laman berita Wion News semalam.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine dan JAMA Neurology.

Kajian itu menggunakan data daripada biobank Britain untuk mendapatkan kiraan langkah daripada 78,500 orang dewasa di negara itu yang berusia antara 40 hingga 79 tahun.

Bagaimanapun, peserta yang bebas daripada penyakit kardiovaskular, kanser atau demensia telah dimasukkan dalam penilaian akhir.

Penyelidik memantau 75,800 orang dewasa dengan penjejak yang boleh dipakai pada badan. Kajian itu adalah yang terbesar seumpamanya untuk mengesan kiraan langkah dan mengaitkannya dengan keadaan kesihatan.

“Mesej yang dibawa menerusi kajian ini adalah orang ramai bukan sahaja menyasarkan 10,000 langkah sehari tetapi berjalan dengan lebih pantas,” kata ketua penyelidik, Dr. Matthew Ahmadi.

Bagi individu yang kurang aktif, kajian itu menawarkan pilihan untuk mengekalkan kesihatan mereka.

Penyelidik bersama, Borja del Pozo berkata, kajian itu menunjukkan bahawa dengan sekurang-kurangnya 3,800 langkah sehari boleh mengurangkan risiko demensia sebanyak 25 peratus.

Kajian itu juga mendakwa bahawa setiap 2,000 langkah mampu mengurangkan risiko kematian pramatang secara berperingkat sebanyak 8 hingga 11 peratus. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI