fbpx

Ular masuk telinga wanita, enggan keluar walau ditarik guna klip besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kepala ular mengintai keluar dari dalam telinga pesakit dan gagal ditarik oleh doktor. - Facebook

NEW DELHI – Sebuah rakaman video menjadi tular di media sosial apabila memaparkan seorang doktor cuba mengeluarkan seekor ular dari dalam telinga seorang wanita, lapor laman berita Economic Times semalam.

Menerusi video tersebut, ular kecil itu kelihatan berwarna kuning dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar dengan rela.

Seorang doktor memakai sarung tangan, dilihat menggunakan klip beli untuk cuba menarik ular itu dari telinga pesakit. 

Lokasi atau masa kejadian tidak didedahkan dalam video tersebut.

Video itu juga menunjukkan beberapa percubaan oleh doktor, manakala setiap teknik yang digunakan, gagal mengeluarkan ular dari dalam telinga pesakit wanita.

Video tersebut menarik banyak tontonan di media sosial tetapi berakhir tanpa mendedahkan sama ada ular itu berjaya dikeluarkan atau tidak.

Seorang pengguna Facebook bernama Chandan Singh menyiarkan video tersebut. 

Kapsyennya berbunyi, “Ular itu masuk ke dalam telinga”.

Video itu meraih lebih 87,000 tontonan dan mengumpul kira-kira 100 tanda suka.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI