fbpx

Rumah wanita warga emas musnah terbakar dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah Timah di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang wanita keluar rumah untuk menziarahi kematian saudaranya tergamam apabila rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Diman, Ajil di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 2.30 petang itu dipercayai berpunca daripada panahan petir yang mengenai rumah tersebut.

Timah@ Faridah Muda,69, berkata, hatinya luluh apabila dihubungi salah seorang jirannya tentang kebakaran tersebut.

“Saya diambil salah seorang anak yang tinggal berasingan untuk menziarah kematian saudara di Kampung Menerong, Ajil pada pukul 2 petang.

“Setengah jam kemudian, saya dimaklumkan rumah terbakar setelah disambar petir,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Timah berkata, dia kemudiannya bergegas pulang ke rumah sebelum mendapati api kebakaran begitu marak walau dalam keadaan hujan lebat.

Tambahnya, hatinya sayu menyaksikan rumah yang didiami sejak 25 tahun itu musnah terbakar tanpa dapat berbuat apa-apa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata, kebakaran terbabit memusnahkan 80 peratus dari rumah wanita warga emas itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI