fbpx

Pemandu Toyota Vellfire disiasat guna lampu mata arah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire didapati mengggunakan lampu mata arah seperti kenderaan pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire disiasat pihak polis kerana didapati menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian tersebut.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan berkata, pemandu berkenaan disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959.

Menurut JSPT, jika disabitkan kesalahan, pemandu Toyota Vellfire itu boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.

“Pada 12 September 2022 (semalam), anggota JSPT telah menahan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang lelaki berhampiran Kawasan Industri Batu Caves.

“Kenderaan tersebut didapati telah menggunakan lampu mata arah biru di bahagian cermin hadapan di atas dashboard.

“JSPT sentiasa memantau penggunaan lampu mata pada kenderaan persendirian yang kerap kali menjadi rungutan pengguna jalan raya akan kelakuan mereka ini yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa,” kata kenyataan itu hari ini.

JSPT menegaskan, mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai dan menggunakan lampu mata arah pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Jelas JSPT, menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan polis, bomba, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI