fbpx

Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta dipecat kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Joko Widodo (kanan) dan Anies (kiri) bergambar bersama pemandu di garisan grid sebelum permulaan perlumbaan Formula E Jakarta di Litar E-Prix Antarabangsa Jakarta (JEIC) Ancol, Jakarta pada 4 Jun lalu. - ANTARA

JAKARTA – Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Ibu Kota Khusus Jakarta (DPRD DKI) sepakat mengumumkan pemecatan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan Timbalan Gabenor, Ahmad Riza Partia, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia semalam.

Ketua DPRD DKI Jakarta, Prasetyo Edi Marsudi berkata, sidang akhbar tersebut diadakan selepas dipersetujui pada mesyuarat Badan Permusyawaratan (Bamus) dalam perbincangan terdahulu.

“Berdasarkan input daripada kepimpinan dan ahli Bamus, satu mesyuarat telah dipersetujui untuk mengumumkan pemecatan Gabenor dan Timbalan Gabenor bagi tempoh 2017 hingga 2022 pada 13 September,” kata Prasetyo ketika itu.

Timbalan Pengerusi DPRD, Rani Mauliani berkata, sidang mengenainya  semalam merupakan pengumuman penggal terakhir Anies-Riza 30 hari sebelum tamat tempoh jawatan.

Difahamkan, Anies-Riza sepatutnya menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 16 Oktober ini.

Selepas mesyuarat pleno mengumumkan pemecatan Anies dan Riza, DPRD juga meneruskan mesyuarat pimpinan bersama bagi membincangkan calon Pemangku Gabenor DKI Jakarta menggantikan Anies. 

Berdasarkan surat Kementerian Dalam Negeri yang dihantar kepada DPRD DKI Jakarta, nama tiga calon Gabenor PJ DKI Jakarta hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 16 September, atau sebulan sebelum tempoh jawatan Anies tamat.

Minggu lalu, Anies telah dipanggil oleh Badan Pencegah Rasuah Indonesia untuk menjawab  dakwaan pembayaran penganjuran Formula E pada Jun lalu.

Mekanisme pembayaran komitmen Formula E yang dilaksanakan oleh Pemerintah Provinsi DKI Jakarta didakwa melanggar peraturan. 

Ini kerana komitmen Formula E sebanyak 180 bilion rupiah (RM54 juta) dipercayai sudah dibayar walaupun bajet belum diluluskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI